دارالقران والحديث بوكيت بادوڠ
DARUL QURAN WAL HADITH
BUKIT BADONG
300B JALAN KARTIMUN KG BKT BADONG
45600 BTG BERJUNTAI SELANGOR
EMAIL: darulquranbukitbadong@gmail.com
NO TEL: 0145181326 / 014-5481681
Segala puji bagi Allah yang telah
memberikan kepada kita nikmat dengan menurunkan Al-Quran yang telah menjadikan
peringatan, penawar, petunjuk, dan rahmat ke sekalian alam. Kedatangan baginda
SAW adalah rahmat bagi sekalian alam. Selawat dan salam juga ke atas keluarga
dan para sahabat baginda SAW yang merupakan bintang petunjuk dan penyebar
Al-Quran dan juga ke atas sesiapa sahaja yang mengikuti baginda SAW dengan
penuh keimanan.
Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Hadith Bukit Badong (DQBB) mula beroperasi pada awal tahun 2018 dan sedang didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Jais. DQBB memberi tumpuan kepada bacaan dan hafazan Al-Quran kepada pelajar bermula seawal umur 10 tahun dan ke atas. DQBB ditubuhkan bagi memartabatkan Al-Quran agar terbentuknya satu ummah yang mencintai Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta mengamalkannya dalam aspek kehidupan dunia demi mencapai kebahagiaan akhirat disamping melahirkan para huffaz yang berkemahiran dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF PENUBUHAN
a. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca dan menghafal al-Quran.
b. Melahirkan pelajar Tahfiz yang juga mampu untuk menyampaikan dakwah.
c. Melahirkan pelajar yang berakhlak dengan al-Quran dan sunnah Nabi.
d. Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dlam pertanian, perikanan dan penternakan.
MISI
VISI
Melahirkan da'i yang unggul sepanjang zaman.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
a. Nama sekolah : MADRASAH TAHFIZ DARUL QURAN
WAL HADITH BUKIT BADONG
b. Tarikh Mula Beroperasi : 1 Januari
2018
c. Alamat Sekolah : 300b Jalan Kartimun Kg Bkt Badong 45600 Btg
Berjuntai Selangor
d. Lokasi : https://g.co/kgs/pY6hQx
e. Jumlah Pelajar : 52 orang Guru: 4 orang Staf: 8 orang
Pelajar separuh masa (Program Pra Tahfiz) 24 pelajar dan 2 orang guru
SUMBER & PENGURUSAN KEWANGAN
a. Perniagaan runcit Da’i Mart dan perniagaan santan yang dihasilkan di
Pusat Tahfiz sendiri.
b.
Kutipan yuran yang diperolehi daripada pelajar-pelajar.
c.
Zakat dan Wakaf.
d.
Derma daripada orang ramai berupa wang tunai atau barangan.
Kos “overhead
bulanan” adalah RM18,000.00
NOMBOR AKAUN TAHFIZ:
(( MADRASAH TAHFIZ DARUL QURAN WAL HADITH
BUKIT BADONG ))
AMBANK
8881027764568
PERANCANGAN MASA HADAPAN
a.
Membina pagar di sekitar sekolah.
b.
Menambah-baik prasana madrasah (bangunan
madrasah/asrama/penginapan)
c. Mengusaha perniagaan Kanopi
PENUTUP
Penubuhan Maahad Tahfiz ini merupakan satu tuntutan agama dan ianya
amat penting kepada masyarakat dalam rangka untuk memastikan agar Islam di
Malaysia dapat disebarkan dan difahami dengan betul justeru memastikan agar
ianya terus bertapak di bumi Allah SWT.
Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini, individu atau pihak-pihak tertentu bermurah hati untuk menyumbangkan dana. Moga Allah akan memberkati pihak yang telah memberi sumbangan kepada Maahad Tahfiz ini.
Where can I find a safe place for gambling? - ProMeNot
ReplyDeleteThe nearest casino 스포츠토토 will likely be the 에밀리벳리카즈 casino. 도박 사이트 If you 해축 보는 곳 want to stay close to the dealer and enjoy a 1 1 토토 close look at our casino odds, I suggest