Monday, February 1, 2021

PENGENALAN DQBB

  

دارالقران والحديث بوكيت بادوڠ

DARUL QURAN WAL HADITH 

BUKIT BADONG

300B JALAN KARTIMUN KG BKT BADONG 

45600 BTG BERJUNTAI SELANGOR

EMAIL: darulquranbukitbadong@gmail.com 

NO TEL: 0145181326 / 014-5481681

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kepada kita nikmat dengan menurunkan Al-Quran yang telah menjadikan peringatan, penawar, petunjuk, dan rahmat ke sekalian alam. Kedatangan baginda SAW adalah rahmat bagi sekalian alam. Selawat dan salam juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda SAW yang merupakan bintang petunjuk dan penyebar Al-Quran dan juga ke atas sesiapa sahaja yang mengikuti baginda SAW dengan penuh keimanan. 

    Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Hadith Bukit Badong (DQBB) mula beroperasi pada awal tahun 2018 dan sedang didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Jais. DQBB memberi tumpuan kepada bacaan dan hafazan Al-Quran kepada pelajar bermula seawal umur 10 tahun dan ke atas. DQBB ditubuhkan bagi memartabatkan Al-Quran agar terbentuknya satu ummah yang mencintai Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta mengamalkannya dalam aspek kehidupan dunia demi mencapai kebahagiaan akhirat disamping melahirkan para huffaz yang berkemahiran dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF PENUBUHAN

a. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca dan menghafal al-Quran.

b. Melahirkan pelajar Tahfiz yang juga mampu untuk menyampaikan dakwah.

c. Melahirkan pelajar yang berakhlak dengan al-Quran dan sunnah Nabi.

d. Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dlam pertanian, perikanan dan penternakan.


MISI

Mentarbiah murid melalui pendidikan berkualiti berlandaskan AL-Quran dan As-Sunnah.

VISI

Melahirkan da'i yang unggul sepanjang zaman.


LATAR BELAKANG SEKOLAH


a.    Nama sekolah : MADRASAH TAHFIZ DARUL QURAN

       WAL HADITH BUKIT BADONG

b.    Tarikh Mula Beroperasi :  1 Januari 2018

c.     Alamat Sekolah : 300b Jalan Kartimun Kg Bkt Badong 45600 Btg Berjuntai     Selangor

d.    Lokasi : https://g.co/kgs/pY6hQx

e.    Jumlah Pelajar : 52 orang  Guru: 4 orang  Staf: 8 orang

       Pelajar separuh masa (Program Pra Tahfiz) 24 pelajar dan 2 orang guru


SUMBER & PENGURUSAN KEWANGAN

 

a.       Perniagaan runcit Da’i Mart dan perniagaan santan yang dihasilkan di 

          Pusat Tahfiz sendiri.

b.      Kutipan yuran yang diperolehi daripada pelajar-pelajar.

c.       Zakat dan Wakaf.

d.      Derma daripada orang ramai berupa wang tunai atau barangan.

    Kos “overhead bulanan” adalah RM18,000.00

 

NOMBOR AKAUN TAHFIZ:

(( MADRASAH TAHFIZ DARUL QURAN WAL HADITH 

BUKIT BADONG ))

AMBANK

8881027764568


PERANCANGAN MASA HADAPAN

 

a.      Membina pagar di sekitar sekolah.

b.       Menambah-baik prasana madrasah (bangunan madrasah/asrama/penginapan)

c.      Mengusaha perniagaan Kanopi


 PENUTUP

Penubuhan Maahad Tahfiz ini merupakan satu tuntutan agama dan ianya amat penting kepada masyarakat dalam rangka untuk memastikan agar Islam di Malaysia dapat disebarkan dan difahami dengan betul justeru memastikan agar ianya terus bertapak di bumi Allah SWT.

Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini, individu atau pihak-pihak tertentu bermurah hati untuk menyumbangkan dana. Moga Allah akan memberkati pihak yang telah memberi sumbangan kepada Maahad Tahfiz ini.


Untuk sebarang sumbangan boleh terus ke akaun rasmi Madrasah:


                        

1 comment:

  1. Where can I find a safe place for gambling? - ProMeNot
    The nearest casino 스포츠토토 will likely be the 에밀리벳리카즈 casino. 도박 사이트 If you 해축 보는 곳 want to stay close to the dealer and enjoy a 1 1 토토 close look at our casino odds, I suggest

    ReplyDelete